Selasa, 18 Ogos 2009

Kelas Mingguan HPA Komuniti Putrajaya 17 Ogos 2009

Kelas bermula pada jam 9.00 - 11.00 malam bertempat di Kelab Kejiranan Presit 8. Ini merupakan kelas terakhir sebelum bulan Ramadan. Kelas akan diteruskan semula selepas hari raya Aidilfitri. Tarikh, masa dan tempat akan dimakumkan kemudian. Bersama-samalah berdoa semoga pembukaan cawangan HPA Putrajaya akan menjadi kenyataan. Amin.

Isnin, 10 Ogos 2009

Kelas Mingguan HPA Komuniti Putrajaya

Sukacita dimaklumkan kelas mingguan HPA pada 10 Ogos 2009 (Isnin) akan berpindah ke Kelab Kejiranan Presint 8. Adalah diharapkan pertukaran lokasi ini akan meningkatkan kehadiran ahli dan warga Putrajaya. Kehadiran ahli dan warga Putrajaya amatlah dialu-alukan. Bersamalah merealisasikan penubuhan Pusat Pentadbiran HPA di Putrajaya.

Selasa, 28 Julai 2009

KONVEK HPA 2009 MAEPS - 25 JULAI 2009

Majlis Anugerah Cemerlang (KONVEK) HPA 2009, bertempat di MAEPS Serdang telah berlangsung dengan meriah dan gilang gemilang dan mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Beberapa booth untuk mempamir dan mempromosikan produk-produk baru telah disediakan. Selain dapat menikmati halwa telinga dengan persembahan Nazam HPA dan Dikir Barat, pengunjung juga dapat menikmati keenakan RFC , keasyikan ais krim Toyyibah disamping mendapatkan maklumat mengenai keistimewaan homestay dan hotel Al-Zahra Inn yang pembukaanya baru dirasmikan.
Sekalung penghargaan harus diberikan kepada Urusetia yang telah bertungkus lumus bagi memastikan majlis berjalan lancar. Komuniti HPA Putrajaya merakamkan ucapan tahniah kepada semua ahli yang telah menerima anugerah dan kenaikan pangkat terutama kepada semua Pengarah Jati, Pengarah Jati Setia, Pengarah Jati Emas dan Pengarah Jati Mahkota. Semoga ia akan menjadi sumber inspirasi buat kami semua.

Isnin, 15 Jun 2009

JADUAL BERTUGAS PJS BULAN JUN 2009

INSYALLAH MULAI JUN 2009, SETIAP PJS YANG TINGGAL BERHAMPIRAN DENGAN CAWANGAN TERDEKAT ADALAH DITUGASKAN UNTUK MENGHIDUPKAN KELAS MINGGUAN DI TEMPAT MASING-MASING. AJK KOMUNITI CAWANGAN ADALAH DIKEHENDAKI MENGHUBUNGI PJS YANG DIJADUALKAN BERTUGAS AGAR KELAS MINGGUAN BERJALAN DENGAN LANCAR.

HPA KAJANG: PJS CIKGU MURAD, PJS AZNIN & PJS HJ MOHD SAHIR.
HPA AMPANG: PJS RADIYATI, PJS HJ MARJUNI, PJS HJ JUMANI.
HPA RAWANG: PJS JAMALUDIN YM, PJS ABD RAZAK MUSA & PJS NOLIAH.
HPA SHAH ALAM: PJS HABSHAH, PJS ABDULLAH RAHIM & PJS ABDULLAH A KADIR.
HPA BANGI: PJS ROSMANDI, PJS RAHMAH.
HPA SERDANG: PJS HAFIDZAN, PJS FATIN, PJS AHAMD AZAM.
HPA NILAI: PJS HABIBAH, PJS BAHARUDIN
HPA GOMBAK: PJS KHALID ISKRI, PJS ZAILEHAN, PJS HJH JUITA.
HPA KLANG: PJS UST MOHD ASRI, PJS UST SAFUAN, PJS MUNIRAH
HPA PUCONG: PJS ZAMRI, PJS ASAH
HPA TG KARANG: PJS YADI, PJS NORSHIDAH
HPA BENTONG: PJS ZAIMAH
KOMUNITI PUTRAJAYA: PJS HJ ZAINAL, PJS RAMLY

Sumber dipetik dari blog KPA2U

Kelas Mingguan Menjana Ekonomi Ummah Bersama HPA Komuniti HPA Putrajaya 15 Jun 2009

Kelas Mingguan telah berjalan dengan lancar. Kehadiran PJS Aminuddin yang merupakan Herbalis HPA bertauliah, PJE Haji Zainal, PJ Mohd Radzi dan PJ Nor Raidah telah menyuntik semangat kepada ahli-ahli yang hadir. Ahli-ahli diminta untuk terus menarik minat lebih ramai warga Putrajaya bersama-sama menghadiri kelas mingguan ini supaya merealisasikan impian untuk menubuhkan cawangan HPA Putrajaya. Kelas berikutnya akan diadakan pada hari Isnin (22 Jun 2009) di tempat yang sama.

Ahad, 7 Jun 2009

INFO TERKINI !!!

Kelas mingguan Komuniti HPA Putrajaya yang sepatutnya diadakan pada hari Isnin (8 Jun 2009) telah ditangguhkan ke minggu hadapan (15 Jun 2009). Harap maklum.

Selasa, 26 Mei 2009

Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 25 Mei 2009

Alhamdulillah, peserta kelas pada kali ini bertuah kerana turut disertai Penaung Komuniti HPA Putrajaya PJS Hj. Jumani Salam, Timbalan Pengerusi En. Wan ahmad Fikri Wan Omar, PJS Hj. Marjuni Salleh, Pengerusi Komuti Nilai PJ Ust Mohd Radzi Ariffin dan isteri PJ Pn. Nor Raidah Mansor. Kelas pada kali ini dikendalikan oleh salah seorang Stokis HPA Putrajaya En. Mohd Khairi. Slot Pengenalan Syarikat disampaikan oleh salah seorang AJK Komuniti HPA Putrajaya En. Johari, slot Pengenalan Produk oleh PJS Hj. Marjuni. PJ Ust Mohd Radzi telah menceritakan pengalaman sepanjang dua (2) minggu dirawat di Hospital Seremban selepas pembedahan bisul ('cyst') di belakang bahu kanan di dalam slot Testimoni dan slot Motivasi disampaikan oleh Penaung Komuniti HPA Putrajaya sendiri iaitu PJS Hj. Jumani.