Rabu, 22 April 2009

Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 21 April 2009

Kelas Mingguan Komuniti Putrajaya telah diadakan dengan kehadiran ahli dan warga Putrajaya seramai 30 orang. Seperti biasa kelas dikendalikan dengan beberapa slot dimana Slot Pengenalan Syarikat disampaikan oleh wakil komuniti Putrajaya En. Mohd Ridzuan, Slot Pengenalan Produk oleh PJE Tuan Hj. Jumani, Slot Pelan Pemasaran oleh PJE En. Zainal dan Slot Motivasi dan Testimoni oleh PJ Pn. Nor Raidah. Pihak AJK berharap kehadiran ini semakin meningkat pada masa akan datang. Di akhir kelas, semua yang hadir turut bersama-sama menyanyikan lagu Teman Sejati sebagai motivasi meningkatkan semangat Usahawan dan Setiakawan. Pada minggu hadapan (28 April 2009) kelas akan diadakan semula di Bilik Kelab Pusat Kejiranan Presint 16 memandangkan ia lebih mesra pengguna terutama kepada ahli OKU Komuniti HPA Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan