Isnin, 30 Mac 2009

Hebahan Aktiviti Komuniti HPA Putrajaya

Kelas Mingguan Menjana Ekonomi Bersama HPA akan diadakan pada hari Selasa 31 Mac
2009 mulai jam 9.00 - 11.00 malam di Bilik Mesyuarat 1, Komplek Kejiranan Presint 16. Sila
hadir bagi merialisasikan penubuhan cawangan HPA Putrajaya.

Rabu, 25 Mac 2009

Gambar Cadangan Premis Cawangan HPA Putrajaya




Lokasi: Pusat Perniagaan Presint 15, Putrajaya

Selasa, 24 Mac 2009

Kelas Mingguan Menjana Ekonomi Bersama HPA Pada Selasa 24 Mac 2009 di Bilik Kelab, Komplek Kejiranan Presint 16.
















Pelan Pemasaran oleh En. Muin b Yahya















Ahli Komuniti tekun mendengar taklimat


Perbincangan bagi merealisasikan Impian

Isnin, 23 Mac 2009

Hebahan Aktiviti Komuniti HPA Putrajaya

Kelas Mingguan Menjana Ekonomi Bersama HPA akan diadakan pada hari Selasa 24 Mac 2009 mulai jam 9.00 - 11.00 malam di Bilik Kelab, Komplek Kejiranan Presint 16. Masuk percuma, minuman disediakan.

Rabu, 18 Mac 2009

Gambar Kelas HPA Putrajaya di Pusat Kejiranan Presint 16 Pada 17/3/2009

Ucapan aluan oleh Penaung Komuniti HPA Putrajaya PJS Hj. Jumani b Salam
Slot Pengenalan Syarikat oleh En. Muin bin Yahya
Slot Pengenalan Produk oleh PJS Tuan Haji Marjuni bin Saleh

Ahli Komuniti tekun mendengar taklimat

Slot Menjana Pendapatan Melalui HPA oleh PJM Pn. Siti Habibah bt. Yusuf

Pengerusi Komuniti HPA Putrajaya Ust Gunawan bin Che Aziz memberi kata peransang kepada ahli komuniti yang hadir

Jumaat, 13 Mac 2009

Kelas Pertama Komuniti Putrajaya

Diambil dari Blog Komiti HPA Nilai
http://hpaatnilai.blogspot.com/

Kelas Pertama Komiti Putrajaya
Kelas pertama utk Komiti Putrajaya diadakan pada 12 Mac 2009 di kompleks Kejiranan Persint 16.Seramai 17 orang yang hadir termasuk 2 orang PJS iaitu PJS Hj Marjuni b Salam dan PJS Hj Zainal b Ahmad.Majlis di pengerusikan oleh Pengerusi Komiti Nilai Ustaz Mohamad Radzi. Seterusnya Slot Pengenalan Syarikat disampaikan oleh PJS Hj Marjuni b Salam dan Slot Pelan Pemasaran oleh PJS Hj Zainal b Ahmad.Kelas mingguan bagi Komiti Putrajaya telah di tetapkan pada setiap hari Selasa bermula dari jam 9.30 mlm hingga 11.30 malam.

Pembentukan Komuniti HPA Putrajaya

Diambil dari Blog Komiti HPA Nilai

Pembentukan Komuniti HPA Putrajaya.
Seiring dengan kesedaran umat Islam hari ini berkaitan produk halal, kini HPA semakin mendapat tempat di hati kita semua. Perjalanan perjuangan yang masih panjang membangkitkan semangat setiap ahli-ahli HPA untuk terus berjuang. Satu lagi Komiti telah dibentuk di Putrajaya bagi membolehkan setiap ahli HPA di sana mendapat info terkini syarikat.Komiti telah dibentuk pada 03 March 2009 yang lalu.Bertempat di Komuniti Kejiranan Persint 16, Putrajaya. Pada pukul 9.00 malam.Komiti Nilai diberi kepercayaan untuk membimbing Komiti Putrajaya menjalankan kelas mingguan yang akan diadakan pada setiap minggu.Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan majlis taaruf. Di susuli dengan kata-kata aluan dari En. Muin b Yahya selaku penyelaras program. Majlis di pengerusikan oleh Pengerusi Komiti Nilai Ust. Mohamad Radzi b Ariffin.Komiti Nilai diwakili oleh Ustaz Mohamad Radzi b Ariffin,Pn Nor Raidah bt Mansor, Ustaz Abd Razak b Mohamed.

Perlantikan Komiti Putrajaya:
Penaung : PJS Hj. Jumani b Salam
Pengerusi : Ust Gunawan b Che Aziz
Timbalan Pengerusi: Ust Wan Ahmad Fikeri b Wan Omar
Setiausaha : En. Muin b Yahya
Bendahari : Pn Basharah bt Ahmad
Ahli Jawatan Kuasa :
Pn Aminah bt Deraman
Pn Nor Raini bt Hj Mansor
En Johari b Mohd Nasir
En Nor Hisham b Mat Salim
En Ismail b Mohamad
En Ibrahim b Deraman
En Abdul Karim b Abd Aziz















Penaung Komuniti HPA Putrajaya, PJS Hj. Jumani b Salam















Jawatankuasa Komuniti Putrajaya bergambar bersama wakil Komiti Nilai.






Coretan Pertama

blog sudah tersedia!
Apa lagi?
Mari kita gempur!!!