Selasa, 26 Mei 2009

Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 25 Mei 2009

Alhamdulillah, peserta kelas pada kali ini bertuah kerana turut disertai Penaung Komuniti HPA Putrajaya PJS Hj. Jumani Salam, Timbalan Pengerusi En. Wan ahmad Fikri Wan Omar, PJS Hj. Marjuni Salleh, Pengerusi Komuti Nilai PJ Ust Mohd Radzi Ariffin dan isteri PJ Pn. Nor Raidah Mansor. Kelas pada kali ini dikendalikan oleh salah seorang Stokis HPA Putrajaya En. Mohd Khairi. Slot Pengenalan Syarikat disampaikan oleh salah seorang AJK Komuniti HPA Putrajaya En. Johari, slot Pengenalan Produk oleh PJS Hj. Marjuni. PJ Ust Mohd Radzi telah menceritakan pengalaman sepanjang dua (2) minggu dirawat di Hospital Seremban selepas pembedahan bisul ('cyst') di belakang bahu kanan di dalam slot Testimoni dan slot Motivasi disampaikan oleh Penaung Komuniti HPA Putrajaya sendiri iaitu PJS Hj. Jumani.

Isnin, 18 Mei 2009

Hebahan Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya

Assalamualaikum

Adalah dimaklumkan, kelas minnguan akan diadakan pada setiap hari Isnin di Bilik Kelab, Pusat Kejianan Presint 16, mulai jam 9.00 - 11.00 malam. Warga Putrajaya dijemput hadir.

Ahad, 10 Mei 2009

Hebahan Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 11 Mei 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kelas Mingguan HPA bagi Komuniti HPA Putrajaya pada minggu ini akan diadakan pada 11 Mei 2009 (Isnin) bertempat di Bilik Kelab Pusat kejiranan Presint 16 mulai jam 9.00 - 11.00 malam. Ahli-ahli yang ingin membeli produk HPA boleh berbuat demikian dengan memaklumkan terlebih dahulu produk yang dikehendaki kepada AJK atau Stokis terdekat anda sehari sebelum kelas mingguan.

Jumaat, 8 Mei 2009

Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 5 Mei 2009

Alhamdulillah, kelas mingguan berjalan seperti biasa dan dikendalikan oleh Setiausaha Komuniti HPA Putrajaya. Sebelum kelas bermula, setiap ahli yang hadir berpeluang menceritakan pengalaman dalam HPA. Ini salah satu cara membiasakan diri dalam pengucapan awam dan sebagai persediaan memberi taklimat mengenai syarikat dan produk HPA di peringkat komuniti Putrajaya.