Khamis, 23 April 2009

Apa yang boleh ditukar kepada produk HPA

Assalamualaikum

Apa produk HPA yang anda boleh cuba dan tukarkan?

Di sini disenaraikan antara produk kegunaan harian yang anda boleh tukarkan kepada produk HPA.

Air minuman: Air Mineral HPA
Ayam: Ayam Organik HPA
Baja: Baja Organik HPA
Bedak: Bedak Talkum Lelaki, Wanita dan Bayi
Beras: Beras Perang Organik
Berus Gigi: Berus Gigi Kasturi
Biskut: Biskut Radix, Biskut Coklat Radix
Cecair Pencuci Tangan: Orange Wash Cecair
pencuci pinggan: Wahdah
Daging: Daging Kambing, Lembu Organik HPA
Fish Cake, Ball, Nugget, Burger: Fish Cake, Ball, Nugget, Burger HPA
Kelengkapan Umrah dan Haji: Produk Omrahaj HPA
Kopi: Kopi Radix, Kopi O Radix (menggantikan Nescafe, kopi)
Kordial minuman: Kordial Roselle/Pegaga/Kurma/Mangga/Kundur
Kosmetik: Centella White
Milo: Radix Koko
Minuman Berkarbonat: Radix Cola, Radix Sarsi, Radix Oren, Ice Cream Soda Radix
Minuman bijirin: Cereal Radix (menggantikan nestum, quaker oat)
Minyak rambut: Tonik Pandan /Tea Tree Oil Cream/Minyak Zaitun
Minyak urut: Minyak But-but
Perapi rambut: Hair Conditioner HPA
Perencah: Perencah Alami
Sabun mandi: Sabun Safron/Susu kambing/Pegaga/Cassia/Whitening/Men 2 in 1/Cucumber Bath Gel
Sabun pencuci baju: Freesia Plus
Sos: Sos Cili, Tomato HPA
Syampu rambut: Syampu Betik/ Pandan Kasturi/Pegaga/Aromaterapi
Teh: Teh Herba/Teh Asiatica Plus/ Teh Tropika/Teh Manjakani
Ubat batuk: Madulia
Ubat gigi: Ubat gigi herba HPA, Amal

Sumber dipetik dari http://duniaherbahpa.com/

Rabu, 22 April 2009

Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 21 April 2009

Kelas Mingguan Komuniti Putrajaya telah diadakan dengan kehadiran ahli dan warga Putrajaya seramai 30 orang. Seperti biasa kelas dikendalikan dengan beberapa slot dimana Slot Pengenalan Syarikat disampaikan oleh wakil komuniti Putrajaya En. Mohd Ridzuan, Slot Pengenalan Produk oleh PJE Tuan Hj. Jumani, Slot Pelan Pemasaran oleh PJE En. Zainal dan Slot Motivasi dan Testimoni oleh PJ Pn. Nor Raidah. Pihak AJK berharap kehadiran ini semakin meningkat pada masa akan datang. Di akhir kelas, semua yang hadir turut bersama-sama menyanyikan lagu Teman Sejati sebagai motivasi meningkatkan semangat Usahawan dan Setiakawan. Pada minggu hadapan (28 April 2009) kelas akan diadakan semula di Bilik Kelab Pusat Kejiranan Presint 16 memandangkan ia lebih mesra pengguna terutama kepada ahli OKU Komuniti HPA Putrajaya.

Isnin, 20 April 2009

Hebahan Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 21April 2009

Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan kelas mingguan akan diadakan seperti biasa tetapi lokasi berubah dari Bilik Kelab Presint 16 ke Bilik Mesyuarat 1, Dewan serbaguna Presint 8 mulai jam 9.00 - 11.00 malam. Pihak AJK amat berharap agar perubahan lokasi ini akan membuahkan kehadiran berganda tuan/puan warga Putrajaya. Datanglah beramai-ramai bersama keluarga, teman dan jiran tuan/puan supaya penubuhan Cawangan HPA Putrajaya menjadi kenyataan.

Isnin, 13 April 2009

Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 7 April 2009

Kelas telah diadakan di Bilik Kelab, Pusat Kejiranan Presint 16. Kehadiran ahli tidak begitu memberangsangkan kerana hanya 18 orang yang hadir. Sebagai menampung kos yang selama ini ditanggung oleh Setiausaha komuniti, satu persetujuan dibuat supaya setiap yang hadir memberikan sumbangan iklas setiap kali kelas diadakan. Komuniti HPA Putrajaya sangat berbesar hati di atas kesudian PJ En. Mohd Radzi dan isteri yang bersetuju menyumbangkan RM 10.00 kepada pihak komuniti. Kelas berikutnya akan diadakan pada 14 April 2009 di tempat dan masa yang sama. Kehadiran warga Putrajaya amat dialu-alukan.

Rabu, 1 April 2009

Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 31 Mac 2009

Alhamdulillah. Kelas mingguan Komuniti HPA Putrajaya pada 31 Mac 2009 telah dihadiri seramai 21 orang dan dikendalikan oleh Pengerusi Komuti Nilai PJ Ust. Mohd Radzi. PJ Puan Nor Raidah telah memberi taklimat dalam slot Pengenalan Syarikat. Komuniti HPA Putrajaya berbesar hati atas kehadiran dua orang PJS iaitu PJS Hj. Ramli yang memperkatakan mengenai Spirulina dalam slot Pengenalan Produk dan PJS Hj. Zainal yang membentangkan Plan Pemasaran dalam HPA. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sedikit sebanyak menyuntik semangat kepada ahli Komuniti HPA Putrajaya yang hadir.