Isnin, 15 Jun 2009

JADUAL BERTUGAS PJS BULAN JUN 2009

INSYALLAH MULAI JUN 2009, SETIAP PJS YANG TINGGAL BERHAMPIRAN DENGAN CAWANGAN TERDEKAT ADALAH DITUGASKAN UNTUK MENGHIDUPKAN KELAS MINGGUAN DI TEMPAT MASING-MASING. AJK KOMUNITI CAWANGAN ADALAH DIKEHENDAKI MENGHUBUNGI PJS YANG DIJADUALKAN BERTUGAS AGAR KELAS MINGGUAN BERJALAN DENGAN LANCAR.

HPA KAJANG: PJS CIKGU MURAD, PJS AZNIN & PJS HJ MOHD SAHIR.
HPA AMPANG: PJS RADIYATI, PJS HJ MARJUNI, PJS HJ JUMANI.
HPA RAWANG: PJS JAMALUDIN YM, PJS ABD RAZAK MUSA & PJS NOLIAH.
HPA SHAH ALAM: PJS HABSHAH, PJS ABDULLAH RAHIM & PJS ABDULLAH A KADIR.
HPA BANGI: PJS ROSMANDI, PJS RAHMAH.
HPA SERDANG: PJS HAFIDZAN, PJS FATIN, PJS AHAMD AZAM.
HPA NILAI: PJS HABIBAH, PJS BAHARUDIN
HPA GOMBAK: PJS KHALID ISKRI, PJS ZAILEHAN, PJS HJH JUITA.
HPA KLANG: PJS UST MOHD ASRI, PJS UST SAFUAN, PJS MUNIRAH
HPA PUCONG: PJS ZAMRI, PJS ASAH
HPA TG KARANG: PJS YADI, PJS NORSHIDAH
HPA BENTONG: PJS ZAIMAH
KOMUNITI PUTRAJAYA: PJS HJ ZAINAL, PJS RAMLY

Sumber dipetik dari blog KPA2U

Kelas Mingguan Menjana Ekonomi Ummah Bersama HPA Komuniti HPA Putrajaya 15 Jun 2009

Kelas Mingguan telah berjalan dengan lancar. Kehadiran PJS Aminuddin yang merupakan Herbalis HPA bertauliah, PJE Haji Zainal, PJ Mohd Radzi dan PJ Nor Raidah telah menyuntik semangat kepada ahli-ahli yang hadir. Ahli-ahli diminta untuk terus menarik minat lebih ramai warga Putrajaya bersama-sama menghadiri kelas mingguan ini supaya merealisasikan impian untuk menubuhkan cawangan HPA Putrajaya. Kelas berikutnya akan diadakan pada hari Isnin (22 Jun 2009) di tempat yang sama.

Ahad, 7 Jun 2009

INFO TERKINI !!!

Kelas mingguan Komuniti HPA Putrajaya yang sepatutnya diadakan pada hari Isnin (8 Jun 2009) telah ditangguhkan ke minggu hadapan (15 Jun 2009). Harap maklum.

Selasa, 26 Mei 2009

Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 25 Mei 2009

Alhamdulillah, peserta kelas pada kali ini bertuah kerana turut disertai Penaung Komuniti HPA Putrajaya PJS Hj. Jumani Salam, Timbalan Pengerusi En. Wan ahmad Fikri Wan Omar, PJS Hj. Marjuni Salleh, Pengerusi Komuti Nilai PJ Ust Mohd Radzi Ariffin dan isteri PJ Pn. Nor Raidah Mansor. Kelas pada kali ini dikendalikan oleh salah seorang Stokis HPA Putrajaya En. Mohd Khairi. Slot Pengenalan Syarikat disampaikan oleh salah seorang AJK Komuniti HPA Putrajaya En. Johari, slot Pengenalan Produk oleh PJS Hj. Marjuni. PJ Ust Mohd Radzi telah menceritakan pengalaman sepanjang dua (2) minggu dirawat di Hospital Seremban selepas pembedahan bisul ('cyst') di belakang bahu kanan di dalam slot Testimoni dan slot Motivasi disampaikan oleh Penaung Komuniti HPA Putrajaya sendiri iaitu PJS Hj. Jumani.

Isnin, 18 Mei 2009

Hebahan Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya

Assalamualaikum

Adalah dimaklumkan, kelas minnguan akan diadakan pada setiap hari Isnin di Bilik Kelab, Pusat Kejianan Presint 16, mulai jam 9.00 - 11.00 malam. Warga Putrajaya dijemput hadir.

Ahad, 10 Mei 2009

Hebahan Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 11 Mei 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kelas Mingguan HPA bagi Komuniti HPA Putrajaya pada minggu ini akan diadakan pada 11 Mei 2009 (Isnin) bertempat di Bilik Kelab Pusat kejiranan Presint 16 mulai jam 9.00 - 11.00 malam. Ahli-ahli yang ingin membeli produk HPA boleh berbuat demikian dengan memaklumkan terlebih dahulu produk yang dikehendaki kepada AJK atau Stokis terdekat anda sehari sebelum kelas mingguan.

Jumaat, 8 Mei 2009

Kelas Mingguan Komuniti HPA Putrajaya 5 Mei 2009

Alhamdulillah, kelas mingguan berjalan seperti biasa dan dikendalikan oleh Setiausaha Komuniti HPA Putrajaya. Sebelum kelas bermula, setiap ahli yang hadir berpeluang menceritakan pengalaman dalam HPA. Ini salah satu cara membiasakan diri dalam pengucapan awam dan sebagai persediaan memberi taklimat mengenai syarikat dan produk HPA di peringkat komuniti Putrajaya.