Selasa, 28 Julai 2009

KONVEK HPA 2009 MAEPS - 25 JULAI 2009

Majlis Anugerah Cemerlang (KONVEK) HPA 2009, bertempat di MAEPS Serdang telah berlangsung dengan meriah dan gilang gemilang dan mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Beberapa booth untuk mempamir dan mempromosikan produk-produk baru telah disediakan. Selain dapat menikmati halwa telinga dengan persembahan Nazam HPA dan Dikir Barat, pengunjung juga dapat menikmati keenakan RFC , keasyikan ais krim Toyyibah disamping mendapatkan maklumat mengenai keistimewaan homestay dan hotel Al-Zahra Inn yang pembukaanya baru dirasmikan.
Sekalung penghargaan harus diberikan kepada Urusetia yang telah bertungkus lumus bagi memastikan majlis berjalan lancar. Komuniti HPA Putrajaya merakamkan ucapan tahniah kepada semua ahli yang telah menerima anugerah dan kenaikan pangkat terutama kepada semua Pengarah Jati, Pengarah Jati Setia, Pengarah Jati Emas dan Pengarah Jati Mahkota. Semoga ia akan menjadi sumber inspirasi buat kami semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan